Saturday, 18 May 2013

TEGAR

ini bukan nak cerita pasal TEGAR yang tgh glmer dan meletop kat Indon tu..tetapi tentang keTEGARan Yumie dalam contest yang tgh ON sekarang..sekarang betul2 takde masa nak tulis blog..sungguh takde masa..Terima kasih juga atas bantuan encik "H" kerana banyak mebantu Yumie dalam mnguruskan contest ni..target Lucky draw aje la..dapat 10 biji iphone pun dah cukup bagus..wakakakaka..
Mood sedih sgt ni sbb cousin masuk wad sbb acident..sekarang dtg melawat dia..walaupun jauh beribu batu tetap gagahkan diri datang satu family melawat dia..

Wednesday, 8 May 2013

KEFANATIKKAN MAK YUMIE MENGHIAS RUMAH SEMASA PRU13

 Mak Yumie ni kan penyokong yang setia dgn parti BN! lihatlah suasana rumah Yumie..ni semua kerja Mak dengan menantu kesayangan dia aka En hubby.! Meriah sekali dan begitu bersemangat Mak Yumie..tapi jangan tak caya Yumie dgn Mak berbeza fahaman polittik.Yumie penyokong Bulan Ok! iaitu PAS..Walaupun berbeza fahaman,itu semua tak membuatkan kami bermasam muka..
 Yehaaaa...ini la Rumah Lufya! dah macam rupa rumah YB yang bertanding parti dah..Ini kerja Wowo (panggilan manja Mak Yumie dari cucu-cucu) ..Nampak Biru kan rumah Lufya!

Tengoklah semangat patriotik Mak Yumie! siap ada bendera Malaysia lagi..Buat la Mak apa yang Mak suka janji Mak bahagia dan tenang dengan apa yang Mak lakukaN.Yumie sebagai satu-satunya anak tunggal Mak tetap sayang Mak sampai bila-bila..

Sunday, 5 May 2013

DAH SELAMAT MENGUNDI..

Pukul 8 pagi lagi tau Yumie dah ada kat Sekolah kebangsaan Banggu untuk membuang Undi.Ekcited tau..Masa tu tak ramai orang pun yang datang lagi.Nak jugak letak gambar yang Yumie dah pun siap mengundi.yela sebelum ni mana ada calit dakwat begini kat jari.-
Yumie sebenarnya tak ambik tahu pun hal politik,tapi tetap menunaikan kewajipan jugak untuk mengundi.Mak Yumie memang org kuat politik dalam kampung..Dalam masa seminggu ni kawasan rumah Yumie sendiri dipenuhi bendera dan poster politik.Kalau orang luar tengok mesti orang cakap rumah Yumie ni rumahYB..yela rumah dah tak nampak rupa rumah dah..Nak larang Mak pun takut kecik hati pulak..seronok Mak sebab ada orang sokongan dia iatu Hubby Yumie,dua-dua sama naik!
Apapun tunggu penuh debaran keputusan penuh malam ni.Yumie tak kisah siapa pun yang menang janji negara Malaysia ni aman maju sentosa.


















Thursday, 2 May 2013

ANAK YUMIE,PELAJAR MISKIN!!

 Betul!! itulah kenyataannya.Anak saya merupakan pelajar miskin.dan layak menerima sumbangan dari Pihak kerajaan.Saya sebagai Ibu,amat berterima kasih dengan sumbangan ini,kerana dapat menambahkan duit simpanan Mifral dalam bank..Kiranya dah 4 tahun Mifral dapat duit KWAPM ni..Syukur rezeki jugak ni..

 Jujurnya ini la kali pertama seumur hidup Yumie sebagai Ibu kepada Mifral,Yumie menjejaki kaki ke sekolah untuk menerima duit bantuan.Sebelum ni hanya Suami je yang datang,walaupun mesyuarat PIBG bagai.Kebetulan Suami ada kerja,terpaksa Yumie datang jua ke sekolah.seronok juga rupanya berkumpul ramai-ramai begini dengan Ibu Bapa pelajar lain-lain.sempat berkenalan dengan Ibu-Ibu yang lain.
 Lufya macam biasa menjadi kaki ikut Yumie walau kemana sahaja..Takde la merengek nak balik sebab ada tab mini miliknya yang menjadi teman Lufya dalam dewan tu..

 Dah besar dah ank bujang Yumie...rasa bru semalam je dok godek-godek dia masa kecik.
Abang,Mama harap Abang belajar bersungguh -sungguh hingga ke pintu universiti.Mama nak abang berjaya dalam hidup capai cita-cita yang tinggi.Buktikan pada semua orang yang bencikan family kita, Abang sebagai pelajar Miskin abang boleh berjaya seperti anak orang kaya lain.
Dah nak balik dah...Kenangan yang tak mungkin Yumie lupakan dalam hidup.Datang sekolah ambik duit..hik hik hik..

Tuesday, 30 April 2013

SEPETANG DI PETRONAS GARA-GARA CONTEST!!

 Meh nak story mory sikit..Yumie ada join contest yang dianjurkan petronas,Contest ni duedate semalam 30 April. Gigih nak masuk jugak sebab tawaran hadiah hebat dan seramai 100 winner.Hadiah Utama adalah sebiji kereta Mercedes A Class..hadiah lain-lain ada smart tv,iphone dan macam-macam lagi la..Yumie ditemani Hubby dan satu-satunya kaki ikut Yumie iaitu Lufya..Nasib Yumie baik dapat staff yang sporting dan melayan Yumie dengan baik sekali..

 Nampak tak balang Mister Potato tu..walaupun set combo yang ni mahal rm6.40 sekali dengan sebotol 100 plus,tapi Yumie tetap tegar beli jugak sebbab dalam masa yang sama Yumie leh join contest Mister Potato yang sms by on9.Yumie boleh target hadiah mingguan rm300.Ada la masuk beberapa orang kawan sebagai proxy Yumie..Kalau menang semua proxy Mister Potato tu leh dapat 10k dalam tangan.Amin
 Hari tu,staff didera oleh Yumie untuk buat kerja dengan penatnya.Biasa dorang rilek-rilek je kan..
 Sempat berkenalan dengan staff ni,Amalina namanya.. tengah cop separuh dari resit Yumie yang nak di drop dalam box la tu..Tq ya awak melayan karenah costumer seperti Yumie yang banyak songeh ni..hikhik
 Ok..separuh je ni..dah selamat sedekah orang kampung ya..nak makan semua..mau kembung perut selama sebulan
 Chewahh..en. Hubby siap cekak pinggang tunggu resit siap di cop ya..di sebelah kiri Hubby,sebelah cashier lelaki tu la Kotak yang akan terima resit-resit Yumie semua..
 Tak Sah budak Cute ni kalau tak posing..tengok je Yumie ambik gambar,mulalah la nak menyibuk sama..Mak borek anak rintik la katakan..heheh
 Penuh satu kereta ok dengan barang-barang..kalau You alls mintak sekarang pun makanan ni dah takde..dah selamat bagi jiran-jiran..
YA! Saya Yumie dah sertainya dan berharap akan menangi pelbagai Hadiah Hebat dengan Petronas.Terima kasih juga pada beberapa orang kawan yang sudi jadi proxy Yumie,TQ YA!
Selamat Hari Pekerja Semua buat kawan-kawan Yumie yang bekerja dalam apa jua bidang yang dikerjai..Selamat berehat-rehat ya Semua di time cuti ni..

Monday, 29 April 2013

DASAR ANAK KAMPUNG YANG JAKUN!!

Diperkenalkan dengan malunya..ini dia orang kampung yang datang dari planet mana ntah..Orang lama dah berkurun merasai Durian Crape..Ni baru pertama kali jumpa dan mentekedarah benda ni..Lama betul mengindam nak makan tau..orang lain dah lama bising cakap benda ni sedap..ante baru nak rasa..ghupanya memang sedap sekali..rasa macam ais krim sejuk beku gitu...
 Nasib baik ada terjumpa Durian crape ni kat pasaraya tesco, buat-buat bodo tanya salesman..Bang..durian crape ke ni..  salesman tu tergelak kecil tengok kejakunan Yumie..Kalau tak jumpa benda ni,rasanya sampai mati tak merasa..
Posing la Nak selagi kamu larat..Mama memang dah jatuh chenta makan benda ni..
Ok Dadada..nak balik dah,lain kali kalau jumpa lagi ,akan beli dan makan lagi..Serius Yumie cakap.,sedap ya Durian Crape ni..kalau salah eja maaf la ya,sesuai dengan diri Yumie yang kejakunan ni..

Sunday, 28 April 2013

MENANG SAGUHATI NESTLE MOM N ME

Yeayy!! berbekalkan gambar pragnantkan Zidane tahun lepas,Yumie hantar untuk contest Nestle Mom N me kat facebook.Kena buat slogan dalam BM atau B.I.,tentulah Yumie ni buat slogan Bm..B.I kan dapat pangkat E...kikikiki ..Apalagi Yumie hantar la suka-suka dan tak sangka ada jugak rezeki walaupun sahugati ..dapatlah gift set bernilai RM800..Rezeki Zidane la ni..Bila teringatkan time berbadan dua,seronok sangat,ini kerana masa tu la tubuh Yumie akan naik mendadak..itupun 46kg utk 9 bulan pregnant..
Tak sabar tunggu hadiah,yang bestnya tak perlu collect kat KL,akan dipos kan terus ke rumah..Suka suka suka..Syukur Alhamdulillah, ada jugak rezeki penutup bulan April..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...